Monday, May 3, 2010

Pemantauan Kokurikulum Jemaah Nazir 2010




SMKHosba telah menerima kunjungan Tn Hj Othman Toroh, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kedah pada Rabu 14.4.2010.Pemantauan bertemakan "Pemeriksaan Bertema Pengurusan Kokurikukum 2010". Sesi perbincangan diadakan selepas selesai pemantauan dibuat.

Pertandingan Softball MSSD 2010





Pertandingan Softball MSSD diadakan di SMK Changlon bermula 3 Mei 2010 hingga 4 Mei 2010. SMKH berjaya mendapat Naib Johan(Lelaki 18 tahun) & Ketiga (Perempuan 18 tahun). Tahniah kerana mengharumkan nama sekolah.

Wakil SMKHosba ke MSSK 2010




Tiga pelajar SMK Hosba telah terpilih mewakili Daerah Kubang Pasu Ke Kejohanan Balapan & Padang MSSK kali ke-51 di Stadium Darulaman, Alor Setar.

1. Mohd Afifi bin Mat Hanafiah
-Naib Johan Merejam Lembing
2. Mohd Shafie Abdullah
-Johan lompat jauh
-Naib Johan 4x100m
-Ketiga 4x400m
3. Mohammad Shukri Abdullah
-tiada pingat

Kejohanan Balapan & Padang ke-21




Kejohanan Balapan & Padang SMKHosba ke-21 berlangsung pada 21.April 2010 bermula jam 8.30 pagi. Perasmian pembukaan kejohanan disempurnakan oleh Naib Yang diPertua PIBG. Perasmian penutupan disempurnakan oleh Tn Pengetua, Pn Hjh Khatijah Mahmud.