Friday, October 23, 2009

Majlis Anugerah Kualiti PPD Kubang Pasu 2009



SMK Hosba berbangga dua pelajarnya telah mengharumkan nama sekolah kerana menerima anugerah kualiti PPD Kubang pasu yang diadakan pada 22 Oktober 2009 di Dewan Utama, Pejabat Daerah Kubang pasu jam 2.00 ptg.
Mohd Afifi bin Mat Anafiah menyumbangkan pingat Emas MSSK & Emas MSSM 400 meter(Olahraga) dan wakil MSSK dalam Lempar Cakera. Manakala Mohd Noor Irwan Mohd Salleh cemerlang dalam Sofbol (Johan MSSK bawah 18 tahun ) TAHNIAH!

Perbarisan Majlis Anugerah Kokurikulum Peringkat Negeri Kedah 2009




Pasukan Kadet Polis SMK Hosba diberi penghormatan dalam Perbarisan Kawalan Kehormatan sempena Majlis Anugerah Kokurikulum Peringkat Negeri yang berlangsung di Dewan Utama, Majlis Daerah Kubang Pasu pada 21 Oktober 2009 Jam 2.oo petang . Acara diselenggara oleh Pengarah pelajaran Kedah, Tn Hj Shahidan Abd Rahman.