Thursday, February 25, 2010

Latihan Kebakaran Kokurikulum




Latihan kebakaran kepada semua pelajar diadakan pada Rabu 24.2.2010 Jam 8.30 pagi. Aktiviti Kelab dan Persatuan terhenti apabila semua pelajar bertempiaran lari ke padang. Pelajar & guru ditunjukkan cara memadam kebakaran.

Penyerahan Pin PROSTAR & Reben Merah


Majlis penyerahan pin Prostar dan reben merah kepada semua ahli kelab Prostar (termasuk Pembimbing Rakan Sebaya PRS Prostar) di adakan pada 24.1.2010.

Amazing Race PROSTAR 2010





SMKHosba telah menjadi Johan "Explorasi Berbasikal Berpasangan" pertandingan Amazing Race PROSTAR sempena Kem Sepanjang Hayat 2010 pada 20.02.2010 bertempat di Pusat Khidmat Prostar Kubang Pasu dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Jitra. Mereka mendapat medal,hamper, T shirt,topi dan wang tunai RM 400.00. Hafiz bin Hassan & Mohamad Shukri Abdullah akan mewakili Daerah Kubang Pasu ke peringkat Negeri.