Pada 13 Januari 2010,telah diadakan acara memasak bubur Assura Unit Badan Beruniform di perkarangan surau sekolah. Setiap kawah diwakili oleh semua unit badan beruniform. Keenakan bubur assura ini dinikmati oleh semua pelajar.
Mesyuarat Agung Unit Beruniform dijalankan pada Rabu 13 Januari 2010. KRS dipengerusikan oleh Cikgu Afendi Ismail di Bilik TKV. PBSM dipengerusikan oleh Cikgu Mohammad Radzi Ahmad di Kantin Semarak Hosba. Kadet Polis (Pn Zaini Othman), Kadet Bomba (En Juraidi Mohd Noor) & Pengakap (En Shamsul Kamal & Pn Normah Mohd Yusof)di Dewan SEMARAK manakala Pertubuhan Silat ( En Sharir Shuib & Ustaz Mahadzir ) di Astaka Sukan. Puteri Islam (Ustazah Saudah Awang) pula di surau sekolah.